suria

Wajah tak natural, Yoona Girls Generation didakwa buat pembedahan plastik

Yoona didakwa buat pembedahan pada dahi, hidung dan pipi.

AHLI kumpulan Girls Generation iaitu Yoona yang muncul dalam program SBS - My Ugly Duckling baru-baru ini mendapat perhatian netizen.

Segelintir netizen yang memberi kritikan dan mempersoalkan penampilan baharu Yoona yang kini sudah memasuki usia 30 tahun.

Netizen mendakwa penyanyi dan pelakon itu melakukan pembedahan plastik untuk kekal cantik.

Mereka berkata, wajah baharunya nampak kaku dan tidak natural.

Perbezaan pada wajah Yoona dapat perhatian netizen.

"Saya terkejut melihat wajahnya kaku, dia melakukan pembedahan plastik. Sekarang nampaknya semakin parah.

"Dia buat pembedahan pada bahagian mata, dahi, hidung dan pipi. padahal dia sudah cantik tanpa melakukan perubahan," ujar netizen seperti dipetik Allkpop.

Bagaimanapun, peminat Yoona memuji kecantikan wanita itu dan menganggap perubahan itu kelihatan kerana pencahayaan pada lampu sahaja.

Yoona Girls Genenration

Artikel Lain