PENYANYI rap sensasi Cardi B memfailkan saman terhadap dua penulis blog yang mendakwa dia seorang pelacur dan mempunyai penyakit kelamin iaitu herpes. E Online melaporkan Cardi menyaman pemilik blog WineWithTashaK iaitu Latasha K selepas wanita itu memuat naik 23 video sepanjang 14 bulan lalu yang menyelarnya dengan pelbagai tuduhan. Menerusi penyata tuntutan difailkan Cardi, Latasha turut didakwa memuat naik sebuah video pada April lalu mendakwa anak perempuannya, Kulture dilahirkan cacat berikutan penyanyi rap itu mengambil dadah ketika mengandung. Dalam pada itu, Cardi turut memfailkan saman terhadap seorang lagi penulis blog, Ebony Jones yang mendakwa dia ketagih dadah jenis kokain dan terlibat dalam aktiviti pelacuran. Cardi turut menyangkal dia seorang pelacur yang menggunakan dadah selain mempunyai penyakit kelamin. Sebelum ini, Cardi sudah memberi amaran dan peluang kepada kedua-dua blogger itu untuk memohon maaf dan menarik balik semua video yang dimuat naik namun mereka masih berdegil.