IKATAN pertunangan di antara pelakon Emma Roberts dan Evan Peters selama lima tahun akhirnya berakhir dengan perpisahan. People melaporkan berita perpisahan pasangan itu tersebar selepas Emma dilihat bercium dengan aktor Garrett Hedlund ketika berada di bahagian luar sebuah restoran baru-baru ini. Emma dan Evan mula bercinta selepas mereka sama-sama terlibat dalam filem berjudul Adult World pada 2012 sebelum mengumumkan pertunangan mereka pada 2014. Mereka pernah memutuskan pertunangan pada 2015 namun kembali menjalinkan hubungan selepas itu.