PELAKON Ranveer Singh mendedahkan isterinya, Deepika Padukone sebenarnya mempunyai bakat terpendam yang tidak diketahui oleh orang lain. Times of India melaporkan Ranveer memberitahu Deepika sebenarnya seorang penyanyi yang baik namun isterinya itu kebiasaannya hanya akan menyanyi untuknya sahaja ketika berada di rumah. "Isteri saya seorang penyanyi yang bagus, tapi dia hanya menyanyi untuk saya sahaja," katanya. Sementara itu, Ranveer kini sedang membuat persiapan untuk filem arahan Kabir Khan dan manakala Deepika pula sibuk mempromosikan filem Chhapaak arahan Meghna Gulzar.