PELAKON Angelina Jolie sedang cuba untuk tidak melakukan perkara yang merumitkan terhadap bekas suaminya, Brad Pitt demi anak-anak mereka. Menurut Hollywoodlife.com, Angelina sedang bergelut untuk membuang rasa benci terhadap kegagalan perkahwinan bersama bekas suaminya itu. "Angelina sedaya upaya tidak mahu membuat perkara yang sukar untuk Brad. Dia hanya mahu berlaku adil untuk anak-anak mereka. "Dia cuba untuk membuang rasa benci yang berlarutan dan ingin mengantikan dengan cinta dan kemaafan mengenai hubungan dan perkahwinannya yang gagal dengan Brad," ujarnya. Angelina dan Brad berpisah pada 2016 dan mereka mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Shiloh, 12, dan pasangan kembar Knox dan Vivienne, 10 tahun. Pasangan itu juga mempunyai tiga orang anak angkat bernama Pitt-Maddox, 17, Pax, 15, dan Zahara yang kini berusia 14 tahun.