suria

Sekeluarga tayang perut, foto 'Maternity Shoot' Marian Rivera tarik perhatian peminat

Pasangan ini bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

PASANGAN selebriti terkenal Filipina, Dingdong Dantes dan Marian Rivera bakal menyambut kelahiran anak kedua mereka tidak lama lagi.

Menurut laporan ABSCBN News, foto 'Maternity Shoot' yang dikongsi Dingdong dan Marian menarik perhatian netizen di laman sosial.

Menerusi foto tersebut, Marian sangat menawan dengan keadaan 'baby bump' yang kelihatan semakin besar.

Foto yang memperlihatkan pasangan itu bergaya dengan motosikal berkuasa tinggi telah diambil oleh jurugambar profesional iaitu Pat Dy.

Dingdong dan Marian berkahwin pada 30 Disember 2014 di Immaculate Concepcion Cathedral, Quezon.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata pertama bernama Maria Letizia Dantes yang kini berusia empat tahun.

Dingdong Dantes, Marian Rivera

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan