suria

Kim Kardashian sambung belajar, bakal jadi peguam menjelang 2022

Kardashian kini menjadi pelatih di sebuah firma perundangan San Francisco.

BINTANG realiti televisyen Kim Kardashian memberitahu dia kini melanjutkan pengajian dalam jurusan undang-undang dan berhasrat untuk menjadi seorang peguam sebelum menduduki ujian menjelang 2022 nanti.

Menurut laporan The Guardian, Kardashian kini sibuk menjalani latihan amali selama empat tahun di sebuah firma guaman di San Francisco, California sejak tahun lalu.

Kardashian sebelum ini berjaya membuat petisyen kepada Presiden AS Donald Trump tahun lalu untuk mengampunkan Alice Marie Johnson.

Mengulas lanjut mengenai karier itu, Kardashian berkata dia membuat keputusan tersebut selepas berjaya membuat petisyen kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk membebaskan Alice Marie Johnson tahun lalu.

Alice Marie merupakan seorang nenek berusia 63 tahun yang sedang menjalani hukuman penjara hampir 22 tahun kerana didapati bersalah menyeludup kokain pada 1996.

Menurut isteri kepada penyanyi hip hop, Kanye West ini lagi, minatnya dalam bidang perundangan bakal menyaksikan dia mengikut jejak langkah bapanya, Robert Kardashian yang bertindak sebagai peguam bela kepada OJ Simpson ketika dibicarakan kerana membunuh isterinya.

Artikel Lain