suria

Raline Shah buka mulut isu kes aktiviti pelacuran Seungri

Raline turut menghadiri acara sambutan hari lahir Seungri yang diadakan di Filipina pada 2017.

PELAKON terkenal Indonesia Raline Shah turut dipanggil polis Korea bagi membantu siasatan terhadap penyanyi Seungri yang berhadapan tuduhan terbabit aktiviti pelacuran.

Menurut laporan Allkpop, nama Raline terpalit dengan kontroversi tersebut disebabkan foto yang memperlihatkan dia berada di acara sambutan hari lahir bekas anggota kumpulan Big Band itu yang diadakan di FIlipina pada 2017.

Bagaimanapun Raline menjelaskan tiada sebarang aktiviti yang mencuriga berlaku dan acara itu hanya dihadiri rakan terdekat serta keluarga Seungri.

"Tiada perkara yang mencurigakan mengenai acara tersebut memandangkan ia sekadar acara sambutan hari lahir.

"Acara itu dihadiri rakan terdekat Seungri dan malah, keluarga dia juga turut berada di situ untuk memeriahkan sambutan," katanya.

Tambah Raline lagi, kes Seungri itu juga melibatkan ramai selebriti, namun dia tidak boleh mendedahkan nama-nama yang terlibat.

Raline dan Seungri bersama rakan-rakan mereka.

"Perkara ini sangat besar dan melibat ramai selebriti. Jadi bukan saya seorang yang terlibat.

"Tapi saya tidak boleh mendedahkan nama mereka sebab masing-masing ada peminat yang sentiasa menyokong," ujarnya.

Perkembangan terkini mengenai kes tersebut,  peguam Kim Kwang-Sam memberitahu Seungri bakal berhadapan hukuman penjara selama dua hingga tiga tahun.

Sebelum ini, Seungri dituduh menawarkan perkhidmatan seksual kepada bakal pelabur dari luar negara di sebuah kelab malam di Gangnam pada tahun 2015.

Selain itu, dia juga terlibat dalam mengatur beberapa aktiviti sama yang pernah dihoskannnya di Filipina pada Disember 2017.

Seungri dikatakan bertindak sebagai pengawai ekskutif di mana dia didakwa melaburkan wang tunai dan berkongsi pita seks menerusi aplikasi sembang mudah alih dengan rakan-rakannya.

Raline Shah, Seungri

Artikel Lain