PENYANYI rap Cardi B dan Selena Gomez membuat kejutan di Festival Muzik dan Seni Coachella. Dua bintang terkemuka itu tampil bersama Ozuna sewaktu set persembahan DJ Snake pada hari pertama acara tahunan tersebut. Lebih mengujakan mereka bersama-sama menyanyikan lagu Taki Taki yang menjadi hits pada tahun lalu biarpun mereka tidak disenaraikan dalam barisan artis yang akan membuat persembahan. Lagu Taki Taki mengegar dunia apabila berjaya mendapat lebih 1.2 bilion di Youtube sejak dilancarkan pada Oktober 2018. Untuk rekod Cardi pernah menjadi menjadi barisan penghibur festival berkenan ketika dia sarat mengandung tahun lalu. SUMBER: Pitchfork