suria

Blackpink cipta sejarah, K-Pop wanita pertama buat persembahan di Coachella

Persembahan Blackpink di Coachella cipta sejarah

KUMPULAN sensasi K-Pop Blackpink mencipta sejarah apabila menjadi kumpulan K-Pop wanita pertama membuat persembahan di Festival Muzik dan Seni Coachella (Coachella) yang berlangsung di California, Amerika Syarikat.

Persembahan mereka di festival tahunan itu turut menjadi bualan hangat di media sosial apabila tampil dengan persembahan bertenaga yang luar biasa.

Kumpulan yang dianggotai Jennie, Jisoo, Rose dan Lisa turut berkongsi pentas dengan nama besar antarabangsa lain antaranya Ariana Grande, Childish Gambino dan Tame Impala.

Blackpink menyanyikan 11 lagu hits mereka

Mereka menyampaikan 11 buah lagu hits antaranya Ddu-Du Ddu-Du, Forever Young, Stay, Whistle dan Kiss and Make Up.

Turut menjadi perhatian ialah persembahan single terbaru mereka berjudul Kill This Love yang berjaya mencipta rekod klip video muzik paling cepat mendapat 100 juta kali tontonan di Youtube.

Persembahan tersebut diadakan pada pagi Sabtu waktu Malaysia.

blackpink

Artikel Lain