PELAKON Scarlett Johansson mengecam tindakan jurufoto bebas (paparazzi) yang mengekorinya sehingga menyebabkan dia hampir kemalangan. Scarlett menerusi People berkata, lima buah kereta yang dipenuhi lelaki mengekorinya dan terus mengambil fotonya pada malam Isnin lalu di Los Angeles. "Saya diikuti lima kereta yang membawa beberapa orang lelaki dan mereka melanggar lampu merah. Pelakon filem Avengers: Endgame mengakui beberapa rakan dalam kereta yang dinaiki berasa terancam dan terus menuju ke balai polis. "Walaupun selepas kematian Puteri Diana yang penuh tragis, undang-undang masih tidak diubah untuk melindungi kami yang daripada paparazzi yang tidak berperikemanusiaan. "Kebanyakkan paparazzi mempunyai rekod jenayah dan akan melakukan jenayah demi mendapatkan foto," ujarnya. Scarlett mahu undang-undang lindungi keselamatan mereka sebagai selebriti. Selebriti Hollywod berdepan dengan masalah paparazzi atau jurufoto bebas yang akan mengekori dan mengelilingi sekitar kediaman selebriti di kawasan Hollywood. Ia menjadi kebimbangan selebriti untuk melakukan kegiatan luar. "Paparazzi membuatkan hidup orang lain dalam risiko. Mereka sanggup menunggu berhari-hari dalam kereta hitam dan mengekori anak saya di taman. Taman seharusnya menjadi kawasan yang tenang dan aman, namun ia menjadi sebaliknya," ujarnya. Scarlett memiliki cahaya mata berusia lima tahun iaitu Rose Dorothy hasil perkahwinan bersama bekas suaminya Romain Dauriac. "Setelah kejadian itu, ia menjadi tanggungjawab saya sebagai masyarakat yang dikejar untuk mencari perlindungan. Saya menyarankan mereka untuk segera membuat laporan polis jika berada dalam keadaan yang sama," ujarnya.