suria

Selena Gomez anggap Niall Horan menarik tapi belum tahap nak bercinta

Selena nafi sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Niall.

GOSIP cinta antara penyanyi Selena Gomez dengan salah seorang anggota One Direction, Niall Horan menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminatnya.

Menurut laporan Your Tango, sumber terdekat Selena memberitahu mereka berdua bukanlah pasangan kekasih seperti yang diperkatakan.

Katanya, Selena sememangnya menganggap Niall seorang yang menarik dan berbakat namun hanya sekadar sebagai rakan sahaja.

"Selena anggap Niall seorang yang bagus dan minat pada muzik Niall tetapi mereka bukan pasangan kekasih seperti yang digosipkan.

Hubungan rapat antara Selena dan Niall membuatkan peminat salah faham.

"Selena tidak menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki sekarang walaupun dia anggap Niall seorang yang menarik dan berbakat.

"Dan dia menghargai setiap perkara baik yang Niall cakap berkenaan dengan dirinya. Tapi dia lebih selesa berkawan dan jaga diri sendiri," kata sumber.

Bagaiamanpun menurut sumber lagi, tidak mustahil jika satu hari nanti Selena akan bercinta dengan Niall namun buat masa sekarang lebih selesa sendirian.

Selena Gomez, Naill Horan

Artikel Lain