suria

Terlalu sibuk, Cinta Laura terpaksa beli berus gigi secara dalam talian

Cinta Laura gemar berbelanja secara dalam talian. Foto Instagram @claurakiehl

PELAKON Cinta Laura berkata kesibukan kerja membuatkan dia tiada masa untuk berbelanja di pusat membeli-belah.

Dalam hal ini, Cinta memberitahu teknologi telah membantunya untuk mendapat sesuatu barangan tanpa perlu keluar dari rumah.

Menurut portal Grid.ID, aktres berusia 25 tahun ini mengakui sangat gemar membeli-belah secara dalam talian.

"Saya suka online shopping. Hampir semua barang saya beli secara online kerana ia lebih mudah dan tak susah.

"Daripada kelengkapan penjagaan diri sampailah ke alatan sukan, semuanya ada di sana.

"Misalnya, saya pakai berus gigi elektronik, jadi berusnya itu saya terus tempah secara online dan tak perlu ke kedai," katanya.

Meskipun kerap berbelanja secara dalam talian, pelakon drama Upik Abu dan Laura ini memberitahu dia sentiasa berwaspada dan berhati-hati sebelum meneruskan transaksi.

"Saya tak pernah lagi kena tipu kerana saya orangnya sangat berhati-hati," ujarnya.

Cinta Laura

Artikel Lain