PENYANYI Ariana Grande berang terhadap beberapa individu yang bersikap biadap membaling lemon ketika dia sedang membuat persembahan di Coachella, baru-baru ini. Menurut laporan Metro.UK, peminat Ariana percaya perbuatan itu dilakukan kelab penyokong selebriti popular, Beyonce yang tidak berpuas hati dengan bayaran yang diterima penyanyi kesayangan mereka. Sebelum itu, Ariana membuat persembahan penutup yang cukup memukau apabila menampilkan bintang sensasi Justin Bieber sebagai tetamu pada konsertnya itu. SOMEONE THREW A LEMON AT ARIANA pic.twitter.com/T27biFiGcK — ??????? follow me ari ily (@ghostinreg) April 22, 2019 Bagaimanapun, ia dicemari dengan insiden mengecewakan apabila penonton membaling lemon ke arahnya. Akibat daripada itu, bintang pop berkenaan bertindak menghentikan persembahannya dan meninggalkan pentas begitu sahaja. Atas dasar profesional, Ariana kembali beraksi dengan lagu NASA beberapa minit kemudian.