suria

Kisah cinta Nam Tae Hyun dan Jang Jae In bermula ketika penggambaran program

Agensi Nam Tae Hyun sahkan pasangan ini baru sahaja bercinta.

PENYANYI Jang Jae In dikatakan sedang hangat bercinta dengan bekas anggota kumpulan K-Pop popular Winner, Nam Tae Hyun.

Menurut laporan Soompi, agensi Nam Tae Hyun memberitahu pasangan itu mula bercinta semenjak menjalani penggambaran program realiti, Studio Vibes.

"Memang benar Nam Tae Hyun dan Jae In sedang bercinta. Kisah cinta mereka mula berputik sewaktu sama-sama menjalani penggambaran untuk program realiti terbaru, tvN, Studio Vibes," jelas wakilnya.

Difahamkan mereka kini sedang menjalani proses akhir pengambaran dan rancangan tersebut bakal ditayangkan pada 1 Mei depan.

Dalam pada itu, menerusi satu laporan media, pasangan ini juga sudah mula keluar secara terbuka dan gemar menghabiskan masa di kafe.

Nam Tae Hyun merupakan artis solo berusia 24 tahun manakala Jang Jae In, 27 tahun.

Nam Tae Hyun, Jang Jae Ini

Artikel Lain