suria

“Mimpi jadi kenyataan” - Peminat tak sabar tonton konsert Shawn Mendes Oktober ini

Shawn bakal menjayakan konsert di Kuala Lumpur Oktober ini. Foto: Reuters

BINTANG kelahiran Kanada, Shawn Mendes memilih Malaysia sebagai salah satu lokasi konsert jelajah Shawn Mendes: The Tour 2019.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Stitches ini akan menjayakan persembahan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 5 Oktober depan.

Sebelum menjelajah ke Malaysia, Shawn akan memulakan konsert jelajahnya di Bangkok, Thailand dan juga Singapura.

Selain itu, dia juga akan membuat persembahan di Indonesia, China, dan Jepun.

Rata-rata peminatnya meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan konsert tersebut.

Malah, laman Twitter turut dipenuhi dengan tweet mengalu-alukan kedatangan penyanyi berusia 20 tahun ini.

"Akhirnya Shawn Mendes datang ke Malaysia. Tak sabar rasanya.

"Shawn datang semasa waktu peperiksaan di sekolah, saya tak peduli. Saya tetap mahu pergi konsert itu.

"Mimpi menjadi kenyataan, Shawn Mendes kami tunggu di sini," tulis peminat.

Bagi mereka yang ingin menyaksikan penyanyi itu secara langsung boleh mendapatkan tiket yang dijual dengan harga RM258, RM358 dan RM428 bermula 25 April ini pada pukul 10 pagi.

Shawn Mendes

Artikel Lain