suria

Britney Spears dibenarkan pulang, keadaan mental kini stabil

Britney dibenarkan pulang selepas keadaan kesihatan mentalnya dilaporkan semakin stabil.

PENYANYI Britney Spears dibenarkan keluar dari pusat rehabilitasi mental selepas menjalani rawatan selama sebulan di situ.

Menurut laporan dailymail.uk, bintang pop terkenal itu kini berada dalam keadaan stabil sejak dia dimasukkan ke hospital itu namun masih di bawah pemerhatian pakar yang merawatnya.

Sebelum ini keadaan kesihatan Britney dilaporkan bertambah buruk apabila ubat serta rawatan diberi kepadanya tidak memberi apa-apa kesan positif.

Wanita berusia 37 tahun itu kemudiannya diberi kaedah rawatan serta ubatan yang lebih berkesan.

Terdahulu, pelbagai spekulasi timbul berhubung keberadaannya di pusat sakit mental itu termasuk dakwaan dia dimasukkan secara paksaan oleh keluarganya sendiri.

Bagaimanapun Britney menerusi laman Instagram pada Khamis memberitahu dia mendaftar masuk ke sebuah pusat rehabilitasi secara suka rela untuk mendapatkan kondisi kesihatan mental yang lebih baik.

Britney sebelum ini pernah menyerang beberapa paparazzi dengan sebuah payung dan menjerit seperti orang kurang siuman kerana merakamkan beberapa foto dirinya berimej botak.

Dalam pada itu, penyanyi itu mengumumkan akan berehat untuk memberi tumpuan kepada kesihatan ayahnya yang semakin teruk.

Britney Spears, mental

Artikel Lain