suria

Lady Gaga pernah bankrap kerana hutang konsert jelajah RM12 juta

PENYANYI terkenal Lady Gaga mendedahkan pernah melalui pengalaman pahit sepanjang bergelar penyanyi.

Katanya, pada tahun 2011 dia diisytiharkan muflis  selepas selesai konsert jelajah The Monster Ball.

“Saya benar-benar bankrap selepas konsert itu dan lebih lucu saya tidak tahu tentang perkara itu,” ujarnya seperti dipetik Financial Times.

Tambahnya, dia hampir tidak percaya kerana ketika itu dia mempunyai lima single yang menjadi nombor satu di semua carta.

Bagaimanapun, pengurusannya berkata, perkara itu terjadi berikutan jumlah hutang untuk perbelanjaan konsert tersebut bernilai RM12 juta.

Namun, penyanyi ini berusaha untuk bangkit kembali dan ketika ini dia sudah bebas daripada masalah itu, malah berjaya merangkul enam anugerah di Grammy Award.

Lady Gaga

Artikel Lain