suria

MV terbaharu Taylor Swift dan Panic! kalahkan 'Thank You, Next' Ariana Grande

Taylor menjadi penyanyi wanita solo pertama mendapat tontonan video klip tertinggi di YouTube.

PENYANYI Taylor Swift diumumkan sebagai penyanyi wanita solo pertama yang berjaya mendapat tontonan video muzik tertinggi di YouTube.

Video terbaharunya, ME! duet bersama Panic! itu mencecah 65.2 juta tontonan dalam masa 24 jam.

Menurut laporan Billboard, lagu duet Taylor dengan Panic! itu mengalahkan video muzik penyanyi Ariana Grande, Thank You, Next yang mendapat tontonan 55 juta.

Manakala, kumpulan terkenal BTS pula masih berada di tangga pertama menerusi lagu Boy With Luv dengan rekod 74 juta tontonan dalam masa 24 jam.

Jumlah tontonan video klip Taylor dan Panic! itu menjadikan mereka berada di tempat kedua paling tinggi tontonan di YouTube.

Sebelum ini, video muzik lagu Taylor iaitu Look What You Made Me do mencecah 43.2 juta pada hari pertama dimuat naik di YouTube.

Taylor Swift, Panic!

Artikel Lain