suria

Bradley Cooper 'ketagih' menyanyi sepentas dengan Lady Gaga

Pengalaman menyanyi di Anugerah oscar 2019 merupakan sesuatu yang menakutkan. Foto: ET Online

PELAKON Bradley Cooper mengakui rindu untuk menyanyi bersama Lady Gaga di atas satu pentas yang sama.

Menurut Bradley, dia mengimpikan untuk mengadakan satu persembahan khas untuk peminat filem A Star Is Born dan menyanyikan beberapa lagu istimewa daripada filem tersebut.

"Saya fikirkan sesuatu persembahan yang hebat, mungkin satu malam diadakan sebuah acara nyanyian daripada lagu filem itu.

"Saya terbayangkan konsep seperti Hollywood Bowl!," katanya ketika temubual dalam program Ellen DeGeneres pada Rabu.

Dalam pada itu, Bradley turut berkongsi situasi menakutkan ketika sepentas bersama Lady Gaga di malam Anugerah Oscar 2019 baru-baru ini.

"Sebenarnya tidaklah terlalu gugup sebab saya dah buat latihan... cuma suasana ketika itu agak menakutkan, mujurlah Gaga banyak membantu.

"Maklumlah saya bukan penyanyi dan tidak pernah menyanyi sebelum ini, jadi itu pengalaman yang agak gila,"ujarnya.

SUMBER: CNN

Bradley Cooper, Lady Gaga