suria

Demi kejar pahala, isteri Baim Wong rajin memasak

Baim Wong bawa bekal makanan yang dimasak isteri. Foto Instagram @baimwong

PELAKON Baim Wong berkata isterinya iaitu Paula Verhoeven kini lebih rajin turun ke dapur dan menyediakan makanan.

Menerusi portal Liputan6, Baim memberitahu dia membawa bekal makanan yang dimasak oleh isterinya itu.

"Isteri sediakan makanan untuk saya kerana dia baru tahu kalau isteri buatkan apa sahaja untuk suami adalah pahala," katanya.

Sementara itu, Baim berkata Paula mempelajari mengenai masakan daripada buku resepi dan teman-teman yang bekerja sebagai tukang masak.

Walaupun baru berjinak-jinak di dapur, Baim mengakui masakan Paula sedap dan enak.

"Kebanyakan resepi dia belajar dari buku, tapi sedap tau masakan dia!

"Dulu selalu beli makanan dari luar, tapi bila dia dah pandai memasak ni jarang beli dah," katanya.

Baim dan model serta aktres itu berkahwin pada 22 November tahun lalu di The Tribata, Jakarta, Indonesia secara tertutup yang dihadiri keluarga terdekat dan kenalan rapat.

Baim Wong

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan