suria

Siasatan terhadap Seungri bakal berakhir minggu ini

Seungri bakal berhadapan hukuman penjara selama dua atau tiga tahun.

KES yang melibatkan penyanyi Seungri dikatakan bakal berakhir memandangkan pihak polis akan menahan bekas anggota Big Bang itu pada minggu ini.

Menurut laporan Allkpop, Pengarah Polis Daerah Seoul, Won Kyung Hwan  memberitahu pihaknya telah mengambil tindakan terhadap 23 suspek terlibat dalam penggunaan dadah, serangan seksual, atau mengedar video yang tidak sah.

"Siasatan terhadap Seungri bakal berakhir tidak lama lagi. Kami akan cuba untuk menyelesaikan siasaan terhadap Seungri dan Mr. Yu pada minggu ini," katanya.

Seungri disahkan terlibat dalam mengatur aktiviti pelacuran untuk beberapa golongan ternama sejak awal tahun ini.

Seungri bakal ditahan polis untuk siasatan.

Sebelum ini, Seungri atau nama sebenarnya Lee Seung-Hyun, 29, dituduh menawarkan perkhidmatan seksual kepada bakal pelabur dari luar negara di sebuah kelab malam di Gangnam pada 2015.

Selain itu juga, dia terlibat dalam mengatur beberapa aktiviti sama yang pernah dihoskannya di Filipina pada Disember 2017.

Seungri dikatakan bertindak sebagai pengawai ekskutif di mana dia didakwa melaburkan wang tunai dan berkongsi pita seks menerusi aplikasi sembang muda alih dengan rakan-rakannya.

Seungri

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan