suria

Daniel Craig mahu wanita pegang watak James Bond

Daniel Craig tidak menolak sekiranya watak yang dipegangnya selama ini digantikan dengan pelakon wanita.

PELAKON Daniel Craig yang popular menerusi filem James Bond tidak menolak sekiranya watak itu dipegang oleh pelakon wanita pada masa akan datang.

Bintang 51 tahun itu berkata tradisi filem itu yang menampilkan hero lelaki harus disuntik dengan kelainan.

"Saya rasa setiap orang harus diberi peluang termasuk wanita untuk memegang watak itu, lebih-lebih lagi yang berbangsa Afrika-Amerika.

"Ia pastinya dapat menghasilkan filem yang cukup hebat," katanya.

Sebelum ini, cadangan untuk menampilkan watak James Bond wanita mula disebut sewaktu kempen Me Too dan Times Up.

Kali terakhir Craig memegang watak itu adalah pada 2005 menerusi James Bond Spectre.

Pendapat itu turut disokong pelakon veteren, Madeline Smith, 69, yang pernah memegang watak sebagai gadis Bond suatu ketika dahulu. - mirror

James Bond, Daniel Craig

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan