suria

Bintang Star Wars, 'Chewbacca' meninggal dunia

Peter Mayhew meninggal dunia pada usia 74 tahun.

PELAKON Peter Mayhew yang disayangi peminat seluruh dunia menerusi watak Chewbacca dalam filem Star Wars meninggal dunia pada usia 74 tahun.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan keluarganya menerusi akaun Twitter, Mayhew meninggal dunia di kediamannya di Texas pada Selasa lalu.

“Peter ialah pelakon di sebalik topeng Chewbacca dalam trilogi asal Star Wars, episod tiga filem prekuel siri itu dan dalam New Trilogy.

“Dia yang menggunakan kerusi roda terpaksa berjuang untuk kembali berdiri untuk sekali lagi melakonkan watak Chewbacca dalam Star Wars: The Force Awaken,” demikian menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun punca kematian tidak dinyatakan.

Dalam kenangan... Lakonan Mayhew dalam filem Star Wars cukup meninggalkan kesan kepada peminat siri popular itu.

Mayhew pernah bekerja sebagai atendan Hospital King's College London pada tahun 1976 sebelum ditawarkan berlakon dalam filem Sinbad dan Eye of the Tiger selepas melihat gambar Mayhew dalam artikel tentang seorang lelaki berkaki besar.

Upacara penghormatan terkahir untuk keluarga dan rakan terdekat akan diadakan pada 29 Jun ini manakala majlis seumpamanya akan diadakan buat peminat siri Star Wars menerusi persidangan EmpireCon pada Disember depan.

Peter Mayhew, Chewbacca, Star Wars

Artikel Lain