PENYANYI Seungri sekali lagi disiasat berhubung dakwaan menggubah wang haram melibatkan sebuah kelab elit, Burning Sun. Perkara itu didedahkan seorang pegawai polis dari agensi Metropolitan Seoul pada Khamis. Menurut laporan Koreaboo, ia merupakan kali pertama Seungri disiasat melibatkan tuduhan menggubah wang haram. Segala-galanya bermula selepas siasatan pihak polis mendapati sejumlah wang bernilai lebih RM700 juta disonglap dari Burning Sun untuk kegunaan peribadi selain membiaya jenama Monkey Museum. Seungri juga disyaki menggunakan dana dari Monkey Museum dan Yuri Holdings untuk membiaya pihak guaman.