FOTO Selena Gomez berhibur bersama rakan-rakannya di Disneyland, Anaheim, California pada hujung minggu lalu menarik perhatian netizen. Malah, netizen juga membuat spekulasi salah seorang daripada rakannya itu merupakan kekasih baharu Selena. Bagaimanapun menerusi laporan Sufthespear, sumber terdekat memberitahu Selena hanya keluar bersama rakan sahaja. Sebelum ini, Selena pernah mengakui dia berharap agar dapat bertemu dengan seseorang yang mencintainya lebih daripada dirinya sendiri. "Saya hanya ingin seseorang mencintai saya sebab diri saya. Itu sahaja yang penting buat saya," kata Selena.