suria

Priyanka Chopra, Nick Jonas sudah bersedia menimang cahaya mata

Priyanka Chopra sentiasa teringin menimang cahaya mata.

PELAKON Priyanka Chopra memberitahu dia dan suami Nick Jonas sentiasa ingin menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

Menurut laporan Timesofindian, Priyanka memberitahu mengenai keinginannya itu ketika ditanya media dalam sebuah temu bual baru-baru ini.

"Ya, sentiasa. Saya sentiasa mahukannya. Saya rasa, awak tahu, apabila Tuhan mahu ia berlaku," kata Priyanka.

Dalam pada itu, Nick Jonas juga memberitahu menjadi seorang bapa satu hari nanti merupakan impiannya menjadi realiti.

Priyanka dan Nick mendirikan rumah tangga pada 2 Disember tahun lalu.

Priyanka Chopra, Nick Jonas

Artikel Lain