PENYANYI Ahmad Dhani berkemungkinan menyambut hari raya Aidilfitri dalam tahanan di Penjara Surabaya, Medaeng, Sidoarja, Indonesia. Menurut salah seorang peguam Ahmad Dhani iaitu Sahid, keputusan penangguhan hukuman Ahmad Dhani masih belum diberikan. Justeru itu, mereka tidak menolak jika penyanyi ini terpaksa meraikan Syawal di dalam penjara. "Masih belum ada berita mengenai penangguhan hukuman Ahmad Dani. Nampaknya begitulah! (beraya di penjara)," kata Sahid ringkas. Sebelum itu, Ahmad Dhani telah dijatuhi hukuman penjara satu tahun lima bulan oleh Mahkamah Daerah Selatan, Indonesia. Al Ghazali, El Rumi dan Dul Jaelani sambut Ramadan tanpa bapa. Ahmad Dhani membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Jakarta Selatan supaya hukuman penjara dikurangkan kepada enam bulan sehingga setahun. Bagaimanapun, rayuan itu tidak diterima dan dibawa ke Mahkamah Agung. Pada Januari lalu, Ahmad Dhani dijatuhi hukuman penjara 18 bulan selepas didapati bersalah menyebarkan kata-kata kebencian di media sosial. Hakim Mahkamah Jakarta Selatan, Ratmoho, dalam keputusannya berkata, pengasas kumpulan Dewa 19 itu terbukti menimbulkan kebencian terhadap suatu golongan. SUMBER: Tribunnews