PENYANYI Raisa Andriana berkongsi perasaannya yang kini semakin bahagia semenjak kelahiran cahaya mata pertamanya, Zalina Raine Wyllie pada Februari lalu. Menurut laporan Liputan6, penyanyi lagu Mantan Terindah ini juga memberitahu dia banyak belajar perkara baharu pada setiap hari. "Saya rasa sangat bahagia dan ia sesuatu perasaan yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Saya seorang yang senang belajar. "Jadi, saya menganggap ini adalah sesuatu yang baru saya belajar setiap hari. Sebagai contoh, semalam saya tak boleh buat, hari ini saya dah boleh lakukan," katanya. Raisa dan Hamish Daud Wylie mendirikan rumah tangga pada 3 September 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Zalina Raine Wayllie pada 12 Februari lalu.