suria

Britney Spears mungkin tinggalkan bidang nyanyian jika masalah mental tidak pulih

Masalah kesihatan mental dan isu peribadi yang dihadapinya memaksa Britney menghentikan kerjayanya sebagai penyanyi.

PENYANYI Britney Spears tidak akan meneruskan persembahan di Las Vegas selepas keadaan mental yang dihadapinya dilaporkan masih belum pulih.

Malah, pengurusnya, Larry Rudolph memaklumkan penyanyi itu berkemungkinan terpaksa meninggalkan bidang nyanyian selepas konsertnya di Las Vegas ditangguhkan beberapa kali sejak Februari lalu atas isu peribadi yang dihadapi penyanyi itu.

"Britney perlu meneruskan rawatan psikologi. Jika dia tak boleh bekerja, selamanya dia tidak akan bekerja lagi.

"Sukar untuk saya membuat keputusan dan saya sangat sedih setiap kali memikirkan mengenainya. Sejujurnya saya hanya mahukan hidupnya tenang dan gembira walau dimana dia berada.

"Namun kita terpaksa menerima hakikat bahawa sudah tiba masanya dia tidak memikirkan soal karier lagi. Ia soal kehidupan Britney sendiri," katanya.

Britney dijadualkan membuat persembahan di Las Vegas pada Februari lalu namun ditunda beberapa kali selepas penyanyi sensasi itu terpaksa menjaga bapanya yang sakit.

Bagaimanapun, pada March lalu, Britney dimasukkan ke pusat rehabilitasi mental selama sebulan selepas keadaan mental yang dihadapinya dilaporkan bertambah buruk apabila rawatan diberi terhadapnya tidak memberi apa-apa kesan positif. -express.uk

Britney Spears, Larry Rudolph

Artikel Lain