PELAKON So Ji Sub dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pengacara Jo Eun Jung yang jauh lebih muda daripadanya. Menurut laporan Allkpop, biarpun jarak usia So Ji Sub, 45, dan Jo Eun Jung, 25, adalah 17 tahun namun itu tidak menghalang untuk mereka bercinta. So Ji Sub pertama kali bertemu dengan kekasihnya ketika mempromosikan filem lakonannya Be With You pada Mac tahun lalu. Ketika itu, JO Eun Jung merupakan wartawan siaran untuk program SBS iaitu One Night of Entertainment. Selepas pertemuan pertama itu, mereka sekali lagi bertemu secara kebetulan dan hubungan itu berterusan.