suria

Cinta Laura mahu jadi penyanyi semula

Cinta Laura mahu membuktikan diri semakin dewasa dengan menjadi penyanyi pula. Foto Instagram @claurakiehl

PELAKON Cinta Laura menyatakan hasrat untuk bergelar penyanyi setelah memberikan fokus sepenuhnya terhadap dunia lakonan sebelum ini.

Menurut Cinta Laura, 25, pihak pengurusan memberi kebebasan dan peluang untuknya menyanyikan lagu mengikut genre muzik yang digemari.

"Dalam hal ini, saya masih meletakkan minat dan keutamaan terhadap bidang lakonan sebabnya dari kecil saya sudah berlakon.

"Cumanya sekarang ini pihak rakaman memberi peluang kepada saya untuk menyanyikan jenis lagu yang saya suka.

"Saya ambil peluang ini kerana saya sukakan muzik, tarian dan rasanya ini waktu terbaik," katanya.

Menerusi laporan Liputan6, pelakon drama Upik Abu dan Laura ini memberitahu dia bakal melancarkan single baharu pada Jun ini.

Sementara itu, Cinta Laura berkata peluang membabitkan diri dalam bidang nyanyian dapat membuktikan dirinya kini semakin dewasa dan matang.

"Ini waktunya untuk saya tunjukkan kepada orang ramai bahawa This is me now kerana sekarang saya lebih dewasa dan lebih tahu apa yang saya lakukan," ujarnya.

SUMBER: Liputan6

Cinta Laura

Artikel Lain