BINTANG realiti TV, Kylie Jenner memberitahu dia mempunyai hasrat untuk menambah seorang lagi cahaya mata berbanding memikirkan untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Travis Scott. Menurut laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu Kylie mahu anaknya, Stormi Webster mempunyai adik beradik yang rapat seperti dia dan Kendall Jenner. "Hubungan Kylie dengan teman lelakinya, Travis kini dalam keadaan baik dan sekarang dia mahu mempunyai seorang lagi anak berbanding untuk berkahwin. "Dia sangat selesa dengan keadaannya sekarang dan berhasrat untuk mempunyai anak kedua. Kylie mahu Stormi ada adik beradik yang rapat seperti dia dan Kendall," kata sumber. Kylie melahirkan cahaya mata pertama, Stormi Webster pada 1 Februari lalu.