suria

Siti Badriah mahu jemput bekas kekasih hadir ke majlis pernikahan

Siti Badriah dan tunang mengumumkan untuk menjemput bekas kekasih ke majlis pernikahan.

PENYANYI dangdut Indonesia, Siti Badriah dan tunangnya, Krisjiana Baharudin mendedahkan akan menjemput bekas kekasih Siti Badriah ke majlis pernikahan mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Menurut Siti Badriah, dia membuat keputusan itu selepas memikirkan persahabatan yang terjalin di antara Krisjiana dan bekas kekasihnya itu meskipun agak berbelah bahagi pada awalnya.

"Kalau ditanya sama ada mahu mengundang bekas kekasih, apa jawapannya ya? soal Siti Badriah kepada Krisjiana.

"Sejujurnya saya tidak peduli dengan bekas-bekas kekasih kamu kerana sehingga kini saya masih berkawan dengan mereka.

"Saya tak tahu hubungan kamu dengan mereka bagaimana... tetapi bekas kekasih dia, saya jemput ya," jawab Krisjiana.

Siti Badriah dilamar ketika berada di Korea Selatan.

Siti Badriah dan tunangnya mengumumkan perkara itu ketika menghadiri sebuah temubual bersama media tempatan di Jakarta Barat, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Siti Badriah dan kekasihnya mengakui sering bertengkar kebelakangan ini.

Bagaimanapun menurut Siti Badriah, ianya bukan perkara baharu.

"Pertengkaran kecil pasti ada. Lebih-lebih lagi menjelang pernikahan. Mesti ada sahaja perkara yang timbul.

"Tak tahu mengapa begitu, benarlah kata orang kalau sudah dekat hendak bernikah pasti ada sahaja dugaan yang datang," ujarnya.

Terdahulu, Siti Badriah dan Krisjiana mengikat tali pertunangan pada 21 Mac selepas dilamar di Korea Selatan pada 12 Januari lalu.  - cumicelebs

Artikel Lain