suria

Berang ditinggalkan, bekas teman lelaki sebar foto intim Cinta Laura

Bekas teman lelaki Cinta Laura sebar foto intim ketika di Bali, Indonesia. FOTO credit: INDOZONE news

PELAKON dan penyanyi Indonesia, Cinta Laura memilih untuk mengunci mulut selepas diminta mengulas isu foto intim bersama bekas kekasihnya, Frank Garcia.

Menurut laporan liputan6.com, foto itu disebarkan Frank Garcia gara-gara berang ditinggalkan pelakon campuran berkenaan.

Difahamkan, sebelum foto itu tersebar di laman sosial, Cinta Laura turut digertak oleh bekas teman lelakinya itu.

Selain itu, Cinta Laura yang bertindak menutup ruangan komen pada laman Instagramnya bagaimanapun aktif mempromosikan produk di Insta story.

Ibu Cinta Laura, Herdina Kiehl menafikan individu mirip anaknya dan mendakwa foto itu telah disunting.

Terdahulu, ibu Cinta Laura, Herdina Kiehl menafikan individu mirip anaknya itu selain mendakwa foto itu telah disunting.

Cinta Laura sebelum ini tidak pernah terpalit dengan mana-mana kontroversi malah memiliki imej positif dalam kalangan peminatnya.

Terdahulu, beberapa keping foto termasuk video yang memperlihatkan pelakon itu bersama bekas kekasihnya tanpa mengenakan sebarang pakaian berada di sebuah bilik hotel di Bali, Indonesia.

Isu itu menjadi bualan hangat netizen selepas beberapa foto intim bersama kekasih tersebar di laman sosial sejak Sabtu lalu.

Cinta Laura, Frank Garcia

Artikel Lain