BAHARU sahaja kehilangan isteri dalam sebuah bencana tsunami Disember lalu, vokalis kumpulan Seventeen Iran dikejutkan pula dengan sebuah video dia ditangkap khalwat berama seorang wanita. Penyanyi lagu Kelmarin itu ditangkap dalam sebuah pangsapuri bersama seorang wanita berstatus isteri orang. Video tersebut menjadi tular di media sosial sejak Isnin. Menerusi video pendek itu, Ifan kelihatan keluar dari sebuah bilik dengan berseluar pendek berwarna merah jambu dan berbaju tshirt hitam. Selepas dia duduk di sofa, dia bertanya kepada orang yang datang membuat serbuan itu. “Ada apa ni mas (abang)?” soalnya seperti dipetik Tribunnews. ARTIKEL BERKAITAN: Ifan (Seventeen) cerita detik dibawa arus tsunami, capai kotak selamatkan diri Ifan kehilangan isteri dalam satu bencana pada Disember lalu. Tidak menjawab soalan itu, seorang lelaki berpakaian hitam bertanya mengenai wanita itu. “Sama siapa ni?, ini perempuan sudah berkahwin” ujar lelaki berkenaan. Ifan kemudian menjawab bahawa wanita itu mengaku sudah bercerai. “Katanya sudah bercerai. Ini Citra teman lama saya di SMA” jawab Ifan. Sehingga kini, Ifan mesih belum membuat sebarang kenyataan berkaitan video berkenaan. Sementara itu, wanita bernama Citra Monica menerusi laman sosialnya menjelaskan penyanyi itu berada di kediamannya hanya untuk menumpang solat. Katanya lagi, bukan mereka berdua sahaja di kediaman itu. "Assalamualaikum. Saya Citra Monica, di sini saya ingin mengklarifikasi mengenai video yang sedang tersebar saat ini," ujarnya. "Jadi Ifan memang datang ke rumah saya ingin tumpang solat dan kita tidak berdua. Dan memang tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba datang bekas suami bersama orang-orang ramai yang membawa kamera,” katanya. Sebelum ini, Ifan atau nama sebenarnya, Riefian Fajarsyah kehilangan isterinya Dylan Sahara dan tiga anggota kumpulannya selepas meninggal dunia dalam kejadian tsunami Anyer, Banten.