PEMINAT mungkin mengenali Priyanka Chopra menerusi lakonannya dan kehidupan peribadinya dengan suami, Nick Jonas atau gaya penampilannya ketika melalui red carpet! Namun ada juga beberapa perkara yang mungkin anda tidak ketahui mengenai pelakon drama bersiri Quantico ini. Berikut empat fakta menarik yang mungkin anda belum ketahui tentang Priyanka; Priyanka dinobatkan sebagai Miss World 2000. 1. Priyanka dinobatkan sebagai Ratu Cantik Priyanka memulakan kerjayanya ketika usianya 18 tahun selepas menyertai pertandingan ratu cantik dunia. Dia berjaya dinobatkan sebagai ratu cantik 2000 dan menjadi Miss India kelima yang dapat memakai mahkota itu. Selain itu, Priyanka turut memenangi anugerah Miss World Continental Queen of Beauty of Asia dan Oceania di tahun yang sama. Ibu bapa Priyanka pernah bertugas sebagai doktor untuk tentera India pada 1997. 2. Ibu bapa Priyanka pernah bertugas sebagai doktor Ibu bapa Priyanka iaitu Madhu dan Ashok Chopra pernah bekerja sebagai doktor untuk tentera India pada 1997 dan ibunya mempunyai lapan sijil dalam perubatan. 3. Priyanka miliki syarikat produksi Priyanka memiliki syarikat produksinya sendiri. Selepas beberapa tahun berada dalam industri TV dan perfileman, Priyanka akhirnya membuka syarikat produksi sendiri iaitu Purple Pebble Productions bekerjasama dengan ibunya, Dr. Madhu Chopra. 4. Priyanka sedih kehilangan bapanya pada 2013 Priyanka sedih kehilangan bapanya. Kematian bapa Priyanka Ashok Chopra pada 2013 memberi kesan yang besar dalam kehidupan isteri kepada Nick Jonas itu memandangkan mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat. Priyanka menganggap bapanya adalah penyokong terbesarnya dalam bidang seni. Sumber - harpersbazaar