KISAH cinta antara penyanyi Jessie J dan pelakon Channing Tatum nampaknya semakin erat! Terbaharu, penyanyi lagu Price Tag itu secara terbuka berkongsi pengalamannya meluangkan masa bersama anak perempuan teman lelakinya itu. Ujar Jessie, meskipun ia merupakan kali pertama bertemu Everly yang berusia 6 tahun, namun dia tidak berasa janggal malah menyifatkan kanak-kanak itu sangat comel dan bijak. Jessie juga mendedahkan sebelum ini tidak pernah berkongsi kisah percintaannya dengan Channing kerana tidak mahu kekasihnya itu berasa tertekan dengan hubungan mereka. Everly merupakan cahaya mata hasil perkongsian hidup Channing dengan bekas isterinya, Jenna Dewan. Dalam pada itu, penyanyi berusia 31 tahun itu mengakui semakin bahagia disamping pelakon filem Step Up tersebut. - mirror