suria

Al Ghazali luah hasrat mahu adik lagi

Al Ghazali pernah menyimpan hasrat untuk mempunyai adik lagi.

ANAK sulung kepada penyanyi Ahmad Dhani dan Maia Estianty iaitu Al Ghazali pernah meluahkan hasrat kepada ibunya untuk mempunyai adik.

Menurut laporan Liputan6, Al Ghazali atau nama sebenarnya Ahmad Al Ghazali Kohler, 22, bagaimanapun memberitahu ibunya enggan hamil lagi.

"Dahulu saya memang teringin nak ada adik lagi. Pernah beritahu kepada ibu tapi dia sudah tidak mahu hamil," katanya.

Al Ghazali turut mendedahkan adiknya, Dul Jaelani pernah menyimpan hasrat sama sepertinya.

Selain Al Ghazali dan Dul Jaelani, 19, Ahmad Dhani dan Maia mempunyai seorang lagi anak bernama El Jalaluddin Rumi yang berusia 20 tahun.

Artikel Lain