PENYANYI Nicki Minaj mendedahkan akan melangsungkan perkahwinan dengan teman lelakinya iaitu Kenneth Petty yang juga terkenal sebagai penjenayah. Nicki, 36, mendedahkan perkara itu melalui siaran radio digital Queen Radio miliknya. Pendedahan dilakukan selepas mereka mendapatkan kebenaran untuk berkahwin. Pasangan ini mula berpacaran sejak Disember tahun lalu. Dalam pada itu, Nicki turut mengundang tanda tanya netizen dan didakwa kini sedang hamil apabila menolak untuk minum minuman keras pada satu acara.