suria

Shah Rukh Khan belum terbuka hati terima tawaran baharu, mahu habiskan masa dengan keluarga

PELAKON Bollywood Datuk Shah Rukh Khan menepati janji apabila tidak menerima tawaran filem dalam tempoh beberapa bulan jika filem Zero lakonannya gagal di pasaran.

Filem Zero ditayangkan pada Disember 2018 itu dijangka membuat kejayaan besar namun gagal meraih kutipan cemerlang.

Shah Rukh Khan berkata, sehingga kini hatinya masih belum terbuka untuk menerima mana-mana tawaran filem.

"Saya belum terima projek baru buat masa ini, biasanya saya mengambil naskhah baharu selepas tiga atau empat bulan projek filem selesai.

"Saya belum ada mood. Saya ingin mengambil waktu lebih banyak untuk berehat, menonton filem dan mendengar cerita serta membaca buku.

"Saya mahu habiskan banyak masa dengan keluarga," ujarnya seperti dipetik Pinkvilla.

Shah Rukh Khan, Zero

Artikel Lain