suria

Krisdayanti suntik DNA ikan salmon setiap tahun untuk dapat wajah awet muda

Krisdayanti melakukan suntikan menggunakan DNA ikan salmon sebagai rutin menjaga kecantikan.

PERCAYA atau tidak, rahsia kejelitaan kulit wajah yang dimiliki diva Indonesia, Krisdayanti sebenarnya adalah hasil daripada rawatan wajah yang menggunakan DNA ikan salmon.

Menurut laporan Kompas.com, Krisdayanti yang mendedahkan perkara itu berkata, dia menjadikan rutin suntikan DNA ikan salmon itu setiap tahun membuatkan dirinya awet muda tanpa kedutan meskipun usia menginjak 44 tahun.

"Untuk wajah yang segar dan cerah tanpa kedutan sebenarnya saya melakukan rawatan yang menggunakan DNA daripada ikan salmon.

"Ini kerana ikan salmon antara ikan yang mengandungi banyak kandungan omega 3 yang diperlukan untuk kulit cantik.

"DNA ikan akan meremajakan kulit kita. Kalau dilihat di Korea dan Singapura, sudah banyak rawatan menggunakan ikan salmon dilakukan. Sebab itu kulit muka mereka sangat cantik, bersih dan berkilau," katanya menerusi program Ngopi Dara baru-baru ini.

Penyanyi lagu Mencintaimu ini juga memberitahu dia hanya memerlukan satu suntikan sahaja setiap tahun memandangkan keadaan kulitnya yang sudah cantik.

Krisdayanti, ikan salmon

Artikel Lain