PASANGAN selebriti terkenal Song Hye-kyo dan Song Joong-ki mengambil keputusan untuk bercerai hanya selepas dua tahun berkahwin.
Firma guaman yang mewakili Joong-ki, 33, sudah pun memfailkan permohonan bercerai dengan isterinya di Mahkamah Keluarga Seoul pada Rabu lalu.
"Saya mengambil keputusan untuk meneruskan perceraian dengan Song Hye-kyo. Maafkan saya kerana terpaksa memaklumkan berita buruk ini kepada semua yang sentiasa menyokong saya," katanya menerusi syarikat pengurusannya, Blossom Entertainment.
ARTIKEL BERKAITAN: Song Joong Ki, Song Hye Kyo Sah Kahwin
Joong-ki turut meminta semua pihak memberikan ruang kepadanya dan Hye-kyo untuk mengharungi proses perceraian mereka.
Hye-yo, 37, dan Joong-ki berkahwin pada 31 Oktober 2017 dalam sebuah majlis tertutup di The Shilla Hotel, Seoul.
Pasangan itu mula menjalinkan hubungan cinta selepas sama-sama menjayakan drama popular Descendants of the Sun pada 2016. - THE KOREA HERALD