KISAH perceraian pasangan Song Hye Kyo dan Song Joong Ki menarik perhatian dunia yang rata-rata peminat mereka turut bersedih dengan berita tersebut. Menurut Koreaboo, pasangan ini telah meninggalkan kediaman mewah mereka di Itaewon, Seoul, Korea Selatan. Banglo mewah itu didiami setelah berkahwin pada Oktober 2017 dan dibeli dengan harga USD$8.9 juta. Maklumat mengenai perpindahan mereka itu turut dikongsikan oleh jiran tetangga yang tinggal berdekatan. "Dari kawasan ini kami nampak mereka buang sampah di luar rumah. Sudah sebulan kami tak nampak mereka keluar," kata sumber. Sebelum itu, Firma guaman yang mewakili Joong-ki, 33, sudah pun memfailkan permohonan bercerai dengan isterinya di Mahkamah Keluarga Seoul pada Rabu lalu. "Saya mengambil keputusan untuk meneruskan perceraian dengan Song Hye-kyo. Maafkan saya kerana terpaksa memaklumkan berita buruk ini kepada semua yang sentiasa menyokong saya," katanya menerusi syarikat pengurusannya, Blossom Entertainment. SUMBER: Koreaboo