suria

Song Hye Kyo tolak tawaran drama bukan kerana masalah rumah tangganya

Song Hye Kyo menolak tawaran untuk berlakon dalam drama Hyena tiada kaitan dengan masalah rumah tangganya.

BERITA pasangan terkenal Song Joong Ki dan Song Hye Kyo memilih untuk bercerai mula menjadi perbualan hangat netizen sejak Rabu.

Menerusi laporan beberapa media, Song Hye Kyo dikatakan menolak tawaran berlakon drama Hyena disebabkan masalah rumah tangganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun berkahwin, Song Joong Ki fail perceraian terhadap Song Hye Kyo

Bagaimanapun menurut laporan Soompi, agensi pengurusannya menafikan laporan tersebut dan menegaskan keputusan itu tidak ada kena mengena dengan perceraiannya dengan Song Joong Ki.

Song Joong Ki sudah memfailkan perceraian terhadap isterinya.

Song Joong Ki pada Rabu mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap Song Hye Kyo selama dua tahun berkahwin dan berharap peminat mendoakan yang terbaik buat mereka.

Pasangan yang popular dengan gelaran pasangan Song-Song itu berkahwin pada Oktober 2017 selepas sama-sama membintangi drama Descendants of The Sun.

Song Joong Ki, Song Hye Kyo

Artikel Lain