KUMPULAN Super Junior bakal mencatat sejarah apabila menjadi kumpulan K-Pop pertama membuat konsert di Arab Saudi. Konsert bertajuk Super Junior World Tour 'Super Show 7S' akan berlangsung pada 12 Julai ini di King Abdullah Sport City, Jeddah. Pengumuman itu dimuat naik melalui instagram rasmi kumpulan itu pada Rabu. Super Junior menjadi artis K-Pop pertama membuat konsert solo di Arab Saudi. Sebelum ini, beberapa selebriti terkenal dunia Mariah Carey dan penyanyi Itali Andrea Boceli pernah mengadakan konsert di negara itu. Berita itu juga mengejutkan peminat-peminatnya yang teruja namun menganggap pengumuman dan tarikh konsert diadakan terlalu dekat. SUMBER: ALLKPOP