PELAKON Galih Ginanjar disoal siasat polis selama 13 jam berhubung kes penghinaan yang dibuat lelaki itu terhadap bekas isterinya yang juga aktres, Fairuz A Rafiq. Menerusi laporan Tribunnews, Galih tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Metro Jaya ditemani peguam, Rihat Hutabarat dan dibenarkan pulang selepas 13 jam berada dalam bangunan tersebut. Galih yang ditemui media selepas soal siasat dilihat keletihan dan dibantu peguam memberikan keterangan kepada wartawan. ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Galih Ginajar bakal dipenjara 6 tahun hina kemaluan bekas isteri berbau ikan masin "Selama 13 jam ada empat pertanyaan diterima Galih berkait rakaman penghinaan dan proses pembuatan video itu. "Siasatan berjalan lancar dan tiada tekanan dan tindakan lain, namun agak penat kerana kurang rehat," katanya. Sebelum itu, pelakon sinetron Cinderella ini tampil membela diri dengan menegaskan kenyataan bau ikan masin yang didakwa menghina itu sebenarnya bukan ditujukan pada alat sulit bekas isterinya seperti tanggapan ramai. Fairuz buat laporan polis terhadap bekas suami, Galih Ginanjar. "Sebenarnya bagi saya ikan masin yang saya katakan itu adalah makanan,” katanya. Hadir sama ketika sidang media itu ialah isteri Galih, Barbie Kumalasari dan peguam, Rihat Hutabarat. Pada Khamis, Galih dalam satu video yang tular di media sosial mendakwa kemaluan bekas isterinya itu berbau busuk seperti ikan masin sehingga mendorong Fairuz membuat laporan polis. Ekoran isu tersebut, seluruh keluarga Fairuz turut berang dan bertegas mahu menegakkan keadilan buatnya. Galih dan Fairuz berkahwin pada 2011 namun pada 2013 pasangan ini disahkan bercerai. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. SUMBER: Tribunnews