suria

Kim Heechul (Super Junior) nak kahwin umur 40 tahun, tak selesa tidur ada peneman

Kim Heechul tak boleh tidur sekiranya ada orang berada di sebelahnya.

ANGGOTA kumpulan Super Junior, Kim Heechul memberitahu dia mahu menamatkan zaman bujang sebelum usianya mencecah 40 tahun.

Menurut laporan Soompi, Kim Heechul turut mendedahkan dia tidak boleh tidur sekiranya ada orang berada di sebelahnya.

"Saya pernah tanya Shin Dong Yup, adakah dia fikir saya patut kahwin cepat? saya mahu berkahwin sebelum usia mencecah 40 tahun.

"Saya seorang yang sensitif. Saya tidak boleh tidur sekiranya ada orang berada di sebelah saya. Saya rasa, ia disebabkan saya tinggal di asrama dengan rakan-rakan lain," katanya.

Kim Heechul berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu dalam program MCs baru-baru ini.

Kim Heechul, Super Junior

Artikel Lain