suria

Justin Timberlake tiada masalah kisah cinta dengan Britney Spears diperkatakan semula

Justin akui mempunyai kenangan manis bersama Britney.

PENYANYI Justin Timberlake memberitahu dia tidak mempunyai masalah sekiranya kisah cintanya dengan Britney Spears diperkatakan semula memandangkan mereka pernah ada kenangan bersama.

Menurut laporan Hollywoodlife.com, sumber terdekat memberitahu Justin bagaimanapun enggan memikirkan tentang perkara tersebut dan dia akan sentiasa mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya itu.

"Justin mempunyai kenangan manis dengan Britney, jadi dia tidak ada masalah kalau ada yang bercakap semula mengenai kisah lama mereka tapi benda tu sudah lama berlalu dan ia bukan sesuatu yang perlu difikirkan.

"Dia pun sekarang sudah berkahwin dan ada anak-anak. Tapi Justin sentiasa mendoakan yang terbaik buat Britney," kata sumber.

Justin doakan yang terbaik buat Britney.

Britney sebelum ini dikatakan memuat naik status di laman Instagram mengenangkan hubungan cinta lalu bersama Justin Timberlake.

Rata-rata netizen membuat andaian status tersebut sememangnya ditujukan khas buat bekas kekasihnya itu.

Bagaimanapun, ada juga segelintir yang beranggapan ia mengenai hubungan Britney dengan kekasihnya, Sam Asghari yang terjalin sejak 2016 itu sudah berakhir.

Britney dan Justin sebelum ini menjalinkan hubungan cinta pada 1999 hingga 2002 selepas bekerjasama menerusi The All New Mickey Mouse Club.

Artikel Lain