suria

Nicki Minaj batalkan persembahan di Arab Saudi

Nicki Minaj umum pembatalan persembahan di Arab Saudi.

PENYANYI Rap terkenal Nicki Minaj menarik diri daripada membuat kemunculan di Pesta Dunia Jeddah yang bakal berlangsung 18 Julai ini.

Penyanyi itu membuat keputusan tersebut sebagai tanda sokongan kepada hak wanita dan gay di negara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal beraksi di Arab Saudi, pakaian Nicki Minaj jadi persoalan

"Saya ingin hanya ingin menghiburkan peminat di Arab Saudi tapi selepas meneliti isu-isu di negara itu saya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan persembahan di Pesta Dunia Jeddah.

"Adalah penting untuk saya memberi sokongan kepada hak wanita dan komuniti LGBT dan kebebasan bersuara," katanya kepada CNN.

Artis lain yang bakal membuat persembahan adalah Liam Payne dan DJ Steve Aoki.

Sebelum itu, Persatuan Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di New York menghantar surat terbuka meminta penyanyi itu membatalkan persembahan di sana.

Persatuan itu berpendapat ia bertentangan dengan pendirian penyanyi rap itu yang menyokong komuniti LGBT di New York.

Nicki Minaj

Artikel Lain